DIGITAL MARKETING FUNNEL NI WAJIB KE KORANG?

Ramai Marketer cakap wajib

BETUL KE WAJIB FUNNEL NI?

Untuk pengetahuan korang yang baru nak bermula. Sebenarnya Funnel Marketing ni adalah proses menukarkan “cold audience” menjadi “hot audience”. Bermula dari “top of funnel” (TOFU) hinggalah ke “bottom of funnel” (BOFU).

Benda apa sebenarnya ni? Okay kejap, ini contoh basic funnel marketing. 

Funnel Marketing ni terbahagi kepada tiga:

  1. Top of Funnel (TOFU)
  2. Middle of Funnel (MOFU)
  3. Bottom of Funnel (BOFU)
TOFU ni sekadar untuk brand awareness / product awareness . Kenapa awareness wujud? Ianya sekadar nak bagi bakal pelanggan kita nampak dan ingat tentang brand / produk kita. Kita nak “trigger” minda untuk “Eh macam pernah nampak lah brand ni!” atau “Tak salah aku aku tahu brand ni!”. 

 

Haa nampak tak bakal pelanggan aware tentang bisnes kita.

MOFU pula proses untuk memelihara / mengajar audience tentang produk kita. Dengan ini, mereka lebih mengenali secara mendalam tentang bisnes / produk kita. Yang paling penting, kita dapat:

  1. Menarik minat mereka 
  2. Tingkatkan keinginan mereka

BOFU yang terakhir menfokuskan proses menukarkan audience kita menjadi pelanggan kita buat pertama kali. Menurut kata lain, kita nak mereka “convert” jadi pelanggan. Kaedah BOFU ni luas sebenarnya. Kenapa? Kira boleh membuat 1001 cara untuk mereka menjadi pelanggan kita. Contohnya melalui:

  • Email Marketing
  • Conversion Ads
  • Coupon / Discount
  • Phone call
Tidak lupa juga dengan proses “Follow up” pelanggan untuk jadikan mereka pelanggan tetap kita. Buatkan mereka sentiasa dekat dengan bisnes kita. Lebih dekat makin diingati pelanggan. Makin lah dihargai oleh pelanggan.

BOLEH KE "APPLY" KE BISNES SAYA?

Haaa Ini lah jawapan nya..

Lihat dahulu kemampuan anda dari segi kewangan. Adakah anda mempunyai bajet yang tinggi? Bila bercakap tentang bajet tinggi rendah ni bagi kami di Thunderlytics, untuk cukupkan basic Funnel Marketing, anda wajib ada minima RM30,000 untuk 3 Bulan. Minima ye korang… Jadi bagai mana untuk yang kurang kemampuan?

 

Solusi untuk yang mempunyai bajet iklan yang sedikit, kami cadangkan anda untuk teruskan fokus MOFU (30%) dan BOFU (70%). Tapi korang janganlah meletak harapan tinggi untuk dapatkan result seperti bajet yang tinggi.

 

Lagi satu, adakah produk anda “hit & run” produk atau “long run”.

 

Ini juga penting! Bagi kami untuk “hit & run” produk yang hanya menggunakan single landing page tanpa punyai brand. Anda boleh terus fokuskan BOFU sahaja. Fokuskan Conversion Ads terus! Tapi jika bisnes anda “long run” dan anda mempunyai matlamat serta perancangan yang panjang, mestilah mengaplikasi kesemua basic Marketing Funnel seperti dijelaskan.

 

Harap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang. Boleh hubungi kami untuk lebih memahami tentang Digital Marketing Funnel ye.

 

Scroll to Top